• Kerajaan Akan Terus Salur Maklumat Mengenai Empangan Bengoh

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Wednesday, 27 December 2017
    A- A+

    Kerajaan negeri melalui Kementerian Utiliti akan terus menyalurkan maklumat kepada penduduk mengenai kebimbangan mereka terhadap Empangan Bengoh.

    Walaubagaimanapun, Menterinya Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom memberi jaminan bahawa Empangan Bengoh adalah stabil dan selamat dari segi struktur dan secara teknikal.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Rundi berkata kementeriannya telah menubuhkan pelan tindak balas kecemasan (ERP) bagi memberi taklimat berhubung pelan tindakan kecemasan untuk Empangan Bengoh kepada penduduk sekitar.

    "Dalam keadaan kecemasan, yang mana tidak mungkin berlaku, pelan tindak balas kecemasan (ERP) telah dibangunkan dan perkara ini akan diterangkan kepada penduduk pada suku pertama tahun depan,” katanya.

    Menurutnya lagi, kerja-kerja infrastruktur kecemasan juga kini di bawah peringkat perancangan.

    "Pelepasan air juga akan dilakukan secara kerap pada Januari 2018," ujarnya.

    Justeru pihak Lembaga Air Kuching telah mengaktifkan kumpulan Whatsapp yang melibatkan semua pihak berkepentingan untuk berkongsi maklumat mengenai status pelepasan air empangan secara tetap pada Januari tahun depan.

    “Pelan tindakan kecemasan ini akan dinilai dan dikemas kini dari semasa ke semasa untuk disesuaikan dengan perubahan dan keadaan," - Sarawakiana
  • No Comment to " Kerajaan Akan Terus Salur Maklumat Mengenai Empangan Bengoh "