• Keputusan Trump Bertentangan Undang-Undang Antarabangsa

    Published: Thursday, 7 December 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) mengecam tindakan Presiden Amerika Syarikat,​ Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel ​yang jelas ​bertentangan undang-undang antarabangsa.

    ​Pengerusi MyCARE, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, berkata ​tindakan Trump bertentangan pelbagai resolusi agensi seperti Perhimpunan Agung (UNGA), Majlis Keselamatan (UNSC), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang sudah diluluskan sejak tahun 1947, termasuk Resolusi 2334 UNSC pada Disember 2016 dan resolusi UNESCO (41 COM 7A.36) pada Mei 2017.

    ​"​MyCARE menyeru PBB, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Liga Arab dan negara-negara Eropah yang masih menghormati kedaulatan undang-undang antarabangsa untuk mengambil tindakan diplomatik yang sewajarnya mendesak Amerika Syarikat menarik ​balik pengisytiharan ini agar ketegangan di Baitulmaqdis dan Palestin dapat dielakkan​," katanya dalam satu kenyataannya.

    Tambah kenyataan itu, MyCARE akan bergerak bersama rakan-rakan dalam gabungan 'Save al-Quds Campaign' untuk menyatakan pendirian rakyat Malaysia dan mengajak semua pihak untuk bersama-sama membantah tindakan biadap ​berkenaan

    Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pagi tadi sekali gus menamatkan dasar berhati-hati Amerika Syarikat dan tidak mengendahkan amaran mengenai kesilapan yang boleh mencetuskan keganasan di Asia Barat.

    Portal BBC memetik kenyataan Trump sebagai berkata, tindakan itu adalah 'langkah yang sepatutnya telah lama dilakukan dalam usaha 'mengembalikan' keamanan di Asia Barat.

    Berucap sempena pengumuman itu di White House, Trump mendakwa, keputusan berkenaan memberi 'manfaat' kepada ketiga-tiga pihak iaitu AS, Israel dan Palestin. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Keputusan Trump Bertentangan Undang-Undang Antarabangsa "