• Kepimpinan May Semakin Lemah

    Reporter: Yusz Man
    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+

    LONDON:  Kepimpinan Perdana Menteri Britain, Theresa May semakin lemah selepas peletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri, Damian Green semalam menjelang rundingan Brexit tidak lama lagi.

    Green bersetuju untuk meletak jawatan sebagai Setiausaha Negara selepas siasatan mendapati beliau bertindak secara tidak jujur.

    The Sunday Times melaporkan, bahan lucah ditemukan dalam komputer milik Green pada 2008 dan seorang wartawan wanita mendakwa beliau bertindak tidak wajar terhadapnya pada 2015.

    May berkata, beliau amat sedih ketika meminta Green meletak jawatan dan menyifatkannya sebagai rakan sejak mereka menuntut di universiti dan sepanjang kariernya sebagai ahli politik. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Kepimpinan May Semakin Lemah "