• Kepala Budak 2 Tahun Tersepit

    Published: Tuesday, 5 December 2017
    A- A+

    PONTIAN: Kepala seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun tersangkut hampir setengah jam pada lubang katil urut.

    Kejadian berlaku di sebuah rumah di Kampung Melayu, Kampung Ara Pasong, dekat sini, hari ini.

    Pegawai Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pontian, Shahlan Amrin, berkata mangsa dipercayai bermain di bawah katil berkenaan dan kemudian memasukkan kepalanya ke dalam lubang itu dari bawah.

    "Anggota anggota bomba menggunakan gunting jenis cutter untuk memotong kulit katil yang diperbuat daripada PVC (polivinil klorida) serta span di keliling leher mangsa hingga kepala mangsa dapat dikeluarkan.

    "Operasi mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan kepala mangsa. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Kepala Budak 2 Tahun Tersepit "