• Kenyataan Borneo Voice Palsu

    Published: Tuesday, 5 December 2017
    A- A+
    Foto Utusan Online 


    KUCHING: Pejabat Ketua Menteri menafikan bahawa Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ada mengeluarkan kenyataan berhubung pembubaran Barisan Nasional (BN) Sarawak dan menubuhkan kerajaan negeri baharu dalam laman sosial Facebook menggunakan nama Borneo Voice.

    Pejabat Ketua Menteri dalam kenyataan di sini malam ini menjelaskan, kenyataan itu disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan motif yang tidak dikenal pasti.

    “Kenyataan yang ditularkan dalam Facebook Borneo Voice adalah palsu dan ia merupakan satu percubaan tidak bertanggungjawab bertujuan untuk memburuk-burukkan nama baik Ketua Menteri,” jelas kenyataan itu.

    Status dimuat naik Borneo Voice yang menjadi tular di Whatsap dan Facebook itu mendakwa, Abang Johari mahu menggunakan kapasitinya sebagai Ketua Menteri yang diistilah setaraf kuasa dengan Perdana Menteri dalam kepimpinan Kerajaan Persekutuan, memberi kata dua kepada Kerajaan Pusat agar tidak berdolak dalih dalam pelaksanaan perjanjian Malaysia 1963 (MA63). - UTUSAN ONLINE
  • No Comment to " Kenyataan Borneo Voice Palsu "