• Kenderaan EEV Kini Cecah 45.6% Atas Jalan – MITI

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Tuesday, 12 December 2017
    A- A+
    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan menyatakan, jumlah kenderaan cekap tenaga (EEV) boleh mencapai sasaran awal sebanyak 50% menjelang hujung tahun ini.

    Ketika ini, jumlah kenderaan EEV yang berada di atas jalan raya Malaysia terdiri daripada 45.6%, atau kurang lebih 380,000 unit kereta dan 150,000 motosikal seperti dilaporkan The Sun.

    Ong juga menjelaskan angka bagi kenderaan EEV ini juga menyaksikan pertumbuhan purata 4.1% setiap bulan, dan peratusan berkenaan boleh terus tumbuh dan melangkaui 50%, ujarnya.

    “Tahun lalu, terdapat 42% kenderaan EEV, dengan membawa jumlah 403,200 kenderaan di atas jalan raya negara ini. Walaupun kami yakin ia akan mencapai 50% tahun ini, itu juga bukanlah sesuatu untuk kita berpuas hati. Kami berharap semua kenderaan di atas jalan negara ini nanti adalah EEV, tapi ia perlukan masa sebelum dapat dicapai, jelas Ong.

    “Kami mahu setiap titis petrol digunakan secekapnya untuk menjana kuasa bagi kenderaan. Tetapi dalam masa yang sama ia juga perlu mengurangkan kesan terhadap alam,” tambahnya lagi, dan menjelaskan harapan kementerian untuk melihat semua kenderaan baru di jalan raya adalah EEV. Sasarannya, pada tahun 2022, jumlah kenderaan EEV yang ingin dicapai ialah 80%. - Paultan

    Subjects:

  • No Comment to " Kenderaan EEV Kini Cecah 45.6% Atas Jalan – MITI "