• Kemenangan Bergaya Di Parlimen Santubong Mampu Diulangi

    Published: Monday, 18 December 2017
    A- A+

    Kemenangan bergaya pada pilihanraya umum yang lepas mampu diulangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang sekiranya pengundi memberi sokongan dan kerjasama yang padu, kata Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar

    Memetik laporan Utusan Borneo, Wan Junaidi berkata apa yang penting masyarakat di Santubong harus kurangkan perbalahan dan tingkatkan kerjasama ke arah kebaikan

    “Saya cukup yakin, pada PRU14 nanti kita di Santubong ini dapat menyamai rekod pilihan raya umum sebelum ini dengan adanya sokongan dan kerjasama daripada semua pemimpin masyarakat.

    "Keputusan pilihan raya sebelum ini cukup baik di mana saya berjaya memperolehi majoriti besar 20,936 undi," katanya.

    Wan Junaidi yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menambah beliau tiada masalah jika diberi kepercayaan sekali lagi untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

    Apa yang pasti, semua akar umbi dalam kawasan Parlimen Santubong meliputi N.3 Tanjong Datu, N.4 Pantai Damai dan N.5 Demak Laut memberi sokongan penuh kepada Wan Junaidi untuk terus bertanding. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Kemenangan Bergaya Di Parlimen Santubong Mampu Diulangi "