• Kelemahan Berkomunikasi Punca Graduan Gagal Dapat Pekerjaan - Manyin

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Tuesday, 12 December 2017
    A- A+

    Kegagalan berkomunikasi dengan baik merupakan salah satu punca mengapa graduan gagal mendapat pekerjaan pada masa kini, kata Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong.

    Memetik laporan The Borneo Post, Manyin berkata purata gred dan prestasi kurikulum tidak mencukupi untuk mendapat peluang pekerjaan kerana majikan lebih suka mencari pekerja yang dapat berkomunikasi dan bersosial dengan yang lain ketika berada dalam persekitaran kerja.

    "Untuk memenuhi kehendak pasaran pekerjaan, para graduan perlu melengkapkan diri mereka dengan kemahiran termasuk mampu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik.

    “Dengan kemahiran berkomunikasi yang baik, anda akan dapat meyakinkan majikan untuk mengambil anda sebagai pekerja mereka,” katanya

    Oleh itu, Manyin berkata kerajaan negeri amat komited untuk membantu institusi pendidikan dalam menyediakan program yang komprehensif untuk pelajar agar mereka dapat memenuhi kehendak industri.

    “Sebab itulah pelbagai usaha dan program termasuk latihan disediakan kepada para pelajar untuk melengkapkan diri mereka dengan ilmu kemahiran yang dikehendaki industri,” katanya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Kelemahan Berkomunikasi Punca Graduan Gagal Dapat Pekerjaan - Manyin "