• Kejutan 'Khas' Rombongan Pengantin

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 28 December 2017
    A- A+

    Perjalanan rombongan pengantin bertukar cemas apabila jalan raya konkrit dilalui mereka tiba-tiba runtuh menyebabkan empat kereta jatuh ke tebing cerun di Jalan Kampung Prosperous, Sibuga, Sandakan, pagi hari ini.

    Dalam kejadian 9.20 pagi itu, empat kereta berkenaan menggelungsur jatuh dan terbalik. Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.

    Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat kejadian itu.

    "Difahamkan sebelum kejadian, kereta berkenaan dalam perjalanan ke rumah pengantin lelaki di kampung berkenaan.

    "Ketika berbaris untuk menunggu giliran, jalan itu runtuh mendadak menyebabkan empat kereta mangsa menggelungsur jatuh ke tebing," katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Mohd Azhar berkata, semua pemandu serta penumpang terselamat dan hanya berlaku kerosakan kepada kereta sahaja.

    "Siasatan juga mendapati, jalan raya berkenaan adalah jalan persendirian dan sudah terlalu lama dibina.

    "Keadaan jalan yang rapuh menyebabkan laluan itu tidak dapat menampung berat kenderaan yang sedang berhenti (beratur) di kawasan itu," katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Kejutan 'Khas' Rombongan Pengantin "