• Kejohanan Futsal Piala Razaili Gapor Tarik Minat 32 Pasukan

    Published: Wednesday, 27 December 2017
    A- A+

    BELADIN: Kejohanan Futsal terbuka Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N29 Beting Maro Razaili Gapor telah berjaya menarik minat 32 pasukan bertanding.

    Kejohanan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) N29 Beting Maro dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Kelab Sukan Rekreasi VT14 Beladin telah berlangsung di Gelanggang Futsal Kampung Hilir Beladin pada 22 - 24 Disember yang lalu.

    Razaili berkata, sukan dapat mengurangkan masalah sosial kerana remaja dapat menggunakan masa dengan berfaedah.

    "Anjuran kali ini telah berjaya menarik minat sebanyak 32 pasukan dan diharap akan dapat menarik lebih banyak penyertaan tahun hadapan," kata.

    Menurutnya, penganjuran ini merupakan yang pertama dan akan dijadikan acara tahunan bagi DUN Beting Maro. - Sarawakiana
  • No Comment to " Kejohanan Futsal Piala Razaili Gapor Tarik Minat 32 Pasukan "