• Kejamnya Bapa

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Monday, 11 December 2017
    A- A+

    Seorang bapa ditahan polis selepas rakaman video yang menunjukkan dia menendang anak kecilnya menjadi tular di laman sosial.

    Menerusi rakaman itu, lelaki berusia 50 tahun terbabit dilihat menendang anaknya yang tidak dapat berdiri di atas salji tebal dalam kejadian di sebuah kaki lima di Bishkek, Kyrgyzstan.

    Kanak-kanak terbabit berusaha untuk bangun namun gagal sebelum disepak di bahagian pinggul oleh bapanya.

    Lelaki itu kemudian mengheret anaknya dengan kasar dan memaksa kanak-kanak terbabit berjalan namun dia sukar mengimbangi badan apabila kelihatan seperti mengalami kecederaan.

    Sebelum video itu dirakam, beberapa saksi memberitahu kanak-kanak itu mengamuk.-Daily Mail

    Subjects:

  • No Comment to " Kejamnya Bapa "