• Kejam Tak Terkata

    Published: Wednesday, 6 December 2017
    A- A+

    Seorang lelaki di China bertindak kejam menghempas anjing jenis greyhound ke lantai hingga mati selepas haiwan itu kalah dalam perlumbaan anjing.

    Rakaman video telefon bimbit menunjukkan lelaki yang marah itu memegang kaki anjing berkenaan dan menghempas haiwan malang itu ke lantai sambil menjerit.

    Menurut Daily Mail, lelaki itu mendakwa dia akan memasak dan makan anjing yang mati itu.

    Menurut Pear Video, kejadian berlaku di daerah Xiong, wilayah Hebei pada 3 Disember lalu.

    Lelaki itu berulang kali menghempas anjing berkenaan ke lantai hingga mati.

    “Kau buat aku rugi!” jerit lelaki itu.

    Suara latar video itu berkata lelaki berkenaan kerugian besar membeli anjing berkenaan namun ia tewas dalam perlumbaan.

    Menurutnya, lelaki itu meletakkan pertaruhan besar ke atas anjing terbabit.

    Dalam video yang disiarkan di Weibo (Twitter versi China), lelaki itu berkata: “Dengar sini pemilik anjing, jika anjing kamu tidak bawa untung, makan ia.”-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Kejam Tak Terkata "