• Kastam Sarawak Rampas Arak, Rokok & Mercun Lebih RM27 Juta

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Wednesday, 27 December 2017
    A- A+

    SIBU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak merampas pelbagai barangan seludup melibatkan arak, rokok dan bunga api yang kesemuanya bernilai lebih RM27 juta sejak Oktober tahun ini.

    Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, JKDM Sibu berjaya menahan lapan kontena di Pelabuhan Rejang di sini sejak Oktober lalu kerana membawa pelbagai barang seludup dari luar negara.

    Menurutnya, hasil pemeriksaan menemui 51,192 liter minuman keras pelbagai jenama daripada lima kontena dengan anggaran nilai cukai sebanyak RM6.52 juta.

    "Dua lagi kontena mengandungi 103, 650 karton kotak rokok pelbagai jenama dengan nilai cukai sebanyak RM14.28 juta.

    "Satu kontena lagi pula mengandungi mercun bernilai RM265,000,," katanya ketika sidang akhbar di Dewan Sri Intan, JKDM Sibu, hari ini. - K! ONLINE
  • No Comment to " Kastam Sarawak Rampas Arak, Rokok & Mercun Lebih RM27 Juta "