• Kantoi Rakam Payudara Wanita, Lelaki Gila Seks Serang Penumpang MRT

    Published: Tuesday, 5 December 2017
    A- A+

    Gara-gara melaporkan tindakan seorang lelaki gila seks yang merakam payudara wanita ketika menaiki tren, seorang lelaki berdepan detik cemas apabila dia diserang oleh suspek di Bang Phlu, Bangkok, Sabtu lalu.

    Memetik Coconut.co, mangsa, Katipong Kulakul, 28, mengambil keputusan untuk membuat laporan kepada pengawal keselamatan susulan tindakan tidak bermoral suspek sebaik sahaja tiba di stesen Makkasan ketika mahu membuat pertukaran ke stesen MRT.

    Suspek yang menyedari bahawa Katipong telah membuat laporan berhubung hal itu bertindak melarikan diri.

    Bagaimanapun, tanpa disangka, suspek muncul semula di bekalang Katipong ketika dia sedang beratur untuk membeli tiket, menyebabkan Katipong berasa takut lalu mangarahkan lelaki itu menjauhkan diri.

    Katipong dalam kemaskini di laman Facebooknya berkata, tindakan dia mengarahkan lelaki itu menjauhkan diri menyebabkan suspek berang lalu berlaku pertengkaran antara mereka.

    "Dia marah apabila saya memberitahu dia supaya berundur, jadi saya berkata 'Kamu seorang yang gila seks. Kamu baru saja merakam wanita.’ Saya berjalan pergi dan dia mengikut,” tulis Katipong, seperti dilapor Coconut.co.

    Tidak berakhir di situ, suspek yang masih tidak berpuas hati sekali lagi pergi bersemuka dan mula menyerang Katipong sebaik sahaja mereka tiba di stesen Bang Phlu.

    Namun, apa yang membuatkan Katipong kesal adalah pengawal kesalamatan yang bertugas di stesen tersebut tidak langsung cuba membantu dan menghenti serangan yang dilakukan lelaki itu ke atasnya.

    “Saya berlari ke arah pengawal keselamatan, yang hanya berkata, ‘Tolong jangan bergaduh.’ Lelaki gila seks itu mengambil tali pinggannya dan mengayun tali pinggan tersebut ke arah saya kira-kira 6 hingga 7 kali.

    “Pengawal keselamatan tidak boleh harap itu hanya berdiri di sana – dia tidak cuba untuk menghentikan (serangan) lelaki itu pun,” katanya.

    Katipong turut berkongsi beberapa keping gambar yang menunjukkan lengan kanannya dalam keadaan berlumuran darah akibat serangan tersebut.

    Dia menambah pihak MRT menawarkan untuk menghubungi ambulans bagi menghantarnya ke hospital namun memaklumkan kos rawatan perlu ditanggung sendiri.

    Kemaskini dimuat naik Katipong itu menerima reaksi pelbagai dalam kalangan netizen yang mana segelintir mereka mengecam tindakan pengawal keselamatan yang bertugas dan pihak MRT yang tidak mengendalikan kejadian itu dengan baik.

    Sementara, portal Khaosod melapor pengendali perkhidmatan tersebut sedang mengadakan pertemuan bagi membincangkan insiden tersebut namun enggan memberikan sebarang komen.

    Siasatan mendapati suspek yang dikenali sebagai Sittichai mempunyai rekod pesakit mental.

    Pegawai Polis Daerah Bang Bua Thong memberitahu Katipong tidak membuat sebarang tuduhan ke atas suspek selepas keluarga lelaki itu menunjukkan rekod kesihatannya.

    Keluarga suspek turut menawarkan wang pampasan sebanyak THB4,000 (RM497.45) kepada Katipong bagi kos rawatan perubatan.-Malaysian Digest

    Subjects:

  • No Comment to " Kantoi Rakam Payudara Wanita, Lelaki Gila Seks Serang Penumpang MRT "