• Kanak-Kanak Gantung Diri Selepas Dibuli

    Published: Tuesday, 5 December 2017
    A- A+


    KANAK-kanak berusia 10 tahun ini telah meninggal dunia dengan cara yang tragis. Walaupun masih kecil namun dia telah menggantung dirinya hanya disebabkan video dia dibuli, telah dimuatnaik dalam media sosial.

    Ashawnty Davis dari Colorado, telah meninggal dunia selepas mesin sokongan hayatnya telah dipadamkan di Hospital Kanak-kanak Colorado.

    “Ia menyedihkan. Dia hanya kanak-kanak yang membawakan kegembiraan kepada semua,’’ kata bapanya, Anthony Davis.

    Pada Oktober lalu, Ashawnty, yang merupakan pelajar tahun lima telah terlibat dalam pergaduhan di di sekolahnya. Pergaduhan itu telah dirakamkan oleh pelajar lain dan kemudian video itu dimasukkan ke dalam applikasi dikenali sebagai Musical.ly.

    Dalam video itu, Ashawnty dan seorang lagi kanak-kanak perempuan bergaduh sambil dikelilingi oleh kanak-kanak lain.

    Menurut ibunya, Latoshia Harris, anaknya itu telah bersemuka dengan kanak-kanak yang telah membulinya.

    “Saya nampak anak perempuan saya ketakutan. Dia sangat kecewa apabila mendapati klip berkenaan dimasukkan ke dalam Musical.ly,’’ kata Latoshia yang memaklumkan anaknya itu sering menjadi mangsa buli.

    Sejak itu Ashawnty telah berubah dan dia tidak boleh menerima keadaan dimalukan itu lalu menggantung diri, dua minggu lalu. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Kanak-Kanak Gantung Diri Selepas Dibuli "