• Kanak-kanak Berusia 12 Tahun Bunuh Ibu Angkat

    Published: Friday, 29 December 2017
    A- A+


    SEORANG budak perempuan berusia 12 tahun ditahan kerana disyaki membunuh ibu angkatnya dengan bantuan teman lelaki berusia 15 tahun kerana berasa dirinya tidak disayangi selepas wanita itu menghukumnya kerana menjalin hubungan remaja lelaki terbabit.

    Hidustan Times melaporkan, Superintendan Polis Fatehpur Sriparna Ganguly berkata, dua remaja itu didakwa atas tuduhan bunuh.

    “Dia dihukum ibunya kerana mempunyai teman lelaki yang tidak disenangi ibu angkatnya itu. Budak itu menganggap ibu angkat yang memeliharanya sejak tiga bulan, tidak menyayanginya.

    “Budak itu memusnahkan dua telefon bimbit untuk menutup jenayahnya sebelum memaklumkan jiran ibunya yang berusia 45 tahun tidak boleh menjawab panggilan atau menemui sesiapa kerana tidak sihat.

    “Mereka sebenarnya hampir terlepas daripada jenayah itu namun seorang jiran mengesyaki sesuatu tidak kena ketika menyiapkan mayat untuk dibakar, lalu menghubungi polis,” katanya.

    Ibu budak itu marah selepas gadis berkenaan membawa teman lelakinya ke rumah pada Ahad lalu, malah menamparnya serta menghalau remaja lelaki itu.

    Anaknya bagaimanapun, meminta teman lelakinya datang semula sebelum mereka mencekik mangsa yang sedang tidur sampai. Mereka kemudian mengunci mayat mangsa dalam bilik.

    “Dua remaja itu meninggalkan rumah dan tidur di tempat lain. Mereka memusnahkan telefon bimbit.

    “Apabila pulang ke rumah pada tengah hari Isnin, budak perempuan itu meminta bantuan jiran kononnya ibunya pengsan akibat sakit dihidapinya sejak beberapa bulan lalu.

    “Jiran menghubungi suami mangsa di Mumbai dan semua orang mempercayainya sehinggalah seorang jiran mengesyaki sesuatu ketika menyiapkan mayat untuk dibakar,” katanya.

    Apabila disoal siasat budak perempuan itu menangis serta mengaku perbuatannya pada Selasa lalu dan teman lelakinya kemudian turut ditahan. - Harian Metro

    Subjects:

  • No Comment to " Kanak-kanak Berusia 12 Tahun Bunuh Ibu Angkat "