• Kakak Presiden Honduras Maut Nahas Helikopter

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Monday, 18 December 2017
    A- A+

    TEGUCIGALPA (HONDURAS): Kakak Presiden Honduras, Juan Orlando Hernandez dan lima lagi maut apabila helikopter yang dinaiki mereka terhempas.

    Hilda Hernandez, 51, adalah penasihat adiknya, yang terbabit dalam krisis politik negara berkenaan menjelang pilihan raya presiden 26 November lalu, yang masih tidak dapat diselesaikan.

    Hilda sebelum ini adalah Setiausaha Komunikasi kerajaan.

    Dua helikopter peninjau dihantar untuk operasi mencari di laluan Eurocopter AS350 Ecureuil yang hilang itu dari lapangan terbang Toncontin di ibu kota, ke Comayagua.

    Bagaimanapun, berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, pasukan darat dihantar ke lokasi.

    "Bangkai helikopter dikesan dan tiada mangsa terselamat ditemui," kata tentera sambil menambah siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca nahas.

    Sumber kerajaan yang enggan dikenali berkata: "Enam orang yang berada dalam pesawat, termasuk Hilda Fernandez ditemui mati." - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Kakak Presiden Honduras Maut Nahas Helikopter "