• Kadar Duti Setem Kekal 3 Peratus

    Published: Wednesday, 20 December 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan meneruskan cadangan untuk menaikkan kadar duti setem kepada empat peratus daripada tiga peratus ke atas surat cara pindah milik bagi hartanah bernilai melebihi RM1 juta mulai 1 Januari, 2018 seperti yang diumumkan dalam Bajet 2017.

    Sehubungan itu, kadar duti setem ke atas surat cara pindah milik hartanah (Borang 14A) yang bernilai melebihi RM1 juta dikekalkan satu peratus bagi harga balasan/nilai pasaran hartanah RM100,000 pertama, dua peratus (RM100,001 hingga RM500,000) dan tiga peratus untuk RM500,001 dan selebihnya, kata Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

    Dalam Bajet 2017 yang dibentangkan pada 21 Oktober, 2016, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kadar duti setem ke atas instrumen pindah milik hartanah melebihi RM1 juta, akan dinaikkan kepada empat peratus daripada tiga peratus berkuatkuasa 1 Januari, 2018. –Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Kadar Duti Setem Kekal 3 Peratus "