• Kabinet Lulus Tarikh Maharaja Jepun Turun Takhta

    Published: Friday, 8 December 2017
    A- A+


    TOKYO - JEPUN. Kabinet Jepun secara rasmi meluluskan tarikh 30 April 2019 (Jumaat) untuk Maharaja Akihito turun takhta, lapor agensi berita China Xinhua.

    Kelulusan kabinet itu dibuat seminggu selepas mesyuarat melibatkan Perdana Menteri Shinzo Abe, ahli politik, anggota kehakiman dan keluarga diraja berlangsung.

    Sehubungan itu, Putera Mahkota Naruhito akan menaiki takhta pada 1 Mei 2019.

    Satu jawatankuasa yang diketuai, Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga akan ditubuhkan tahun depan untuk merancang persediaan bagi istiadat pelantikan.

    Pada pertengahan 2018, kerajaan Jepun dijangka mengumumkan satu nama untuk gelaran kepada era baharu atau "gengo", yang biasanya berlangsung sepanjang pemerintahan seseorang raja.

    Maharaja Akihito menaiki takhta selepas kematian ayahandanya Hirohito pada 1989, yang dikenali sebagai era pemerintahan Emperor Showa.

    Baginda, menzahirkan hasratnya untuk melepaskan dan menyerahkan takhta kepada Putera Mahkota dalam satu rakaman video pada Ogos tahun lepas, atas faktor usia.

    Parlimen Jepun pada Jun mengubal undang-undang untuk membenarkan Maharaja Akihito berundur dari takhta.

    Ia digubal khusus memandangkan baginda merupakan maharaja Jepun pertama melepaskan tahta sejak tempoh 200 tahun. – Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Kabinet Lulus Tarikh Maharaja Jepun Turun Takhta "