• “Jurgen Klopp Seorang Hipokrit” – Mourinho

    Published: Sunday, 31 December 2017
    A- A+

    JOSE Mourinho mengkritik Jurgen Klopp sebagai seorang yang hipokrit kerana mengikat Virgil van Dijk dengan nilai £75 juta (RM411 juta).

    Ketika Manchester United ingin menandatangani pemain yang telah mencipta rekod dunia, Paul Pogba sebanyak £89 juta (RM488 juta) pada tahun lepas, Klopp mendakwa dia lebih sanggup ucap selamat tinggal kepada bola sepak daripada membayar sebanyak itu kepada seorang pemain.

    Mourinho percaya tindakan bos Anfield itu bercanggah dengan prinsipnya apabila dia bersetuju untuk menjadikan Van Dijk sebagai pertahanan paling mahal dalam sejarah yang akan menyertai Liverpool selepas beralih daripada Southampton minggu depan.

    “Itu adalah perasaan Jurgen ketika dia tiba di Liverpool. Dia sangat yakin dengan kualitinya sebagai jurulatih yang baik dan memang dia seorang yang bagus.

    “Sekarang dia sedar yang itu sahaja tidak mencukupi. Untuk menjadi juara, memenangi Liga Juara-Juara dan menjulang trofi; dia memerlukan lebih daripada itu,” kata Mourinho.

    Mourinho pada Jumaat berkata, dia tidak akan membuat sebarang pembelian pemain pada bulan depan.

    Namun, Sportsmail mendedahkan bahawa bos United itu boleh membelanjakan hampir £100 juta (RM548 juta), tetapi hanya akan menjadi realiti jika dia boleh melepaskan Henrikh Mkhitaryan pada nilai £35 juta (RM192 juta) dan Matteo Darmian £18 juta (RM98 juta). – Daily Mail/mStar Online

    Subjects:

  • No Comment to " “Jurgen Klopp Seorang Hipokrit” – Mourinho "