• Jumpa Buaya Di Kawasan Semak

    Published: Saturday, 23 December 2017
    A- A+

    Buaya tembaga sepanjang 3.7 meter ditangkap di kawasan semak di Pantai Air Leleh, Pekan, 11.50 pagi hari ini.

    Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Anuar Hassan berkata, buaya itu ditemui beberapa penduduk kampung yang melalui kawasan semak berkenaan sebelum bertindak memaklumkan kepada pihak berkuasa.

    “Pihak bomba mengambil masa lebih sejam sebelum reptilia itu berjaya ditangkap,” katanya dalam kenyataan di Kuantan.

    Katanya, reptilia itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) dan operasi tamat sepenuhnya pada 2.10 petang.

    Difahamkan haiwan itu kini berada di bawah jagaan PERHILITAN negeri dan dijangka dilepaskan di kawasan bersesuaian atau diletakkan di Paya Indah Wetlands, Dengkil, Selangor.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Jumpa Buaya Di Kawasan Semak "