• Jumlah Mangsa Banjir Kembali Meningkat Di Sarawak

    Published: Friday, 22 December 2017
    A- A+
    MIRI, 22 Dis (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sarawak kembali meningkat kepada 234 orang daripada 77 keluarga setakat 8 pagi ini.

    Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata lima buah pusat pemindahan baharu dibuka di Bintulu dan Limbang menjadikan jumlah keseluruhan pusat pemindahan kini enam buah.

    "Dua pusat pemindahan yang baru dibuka di Bintulu iaitu Dewan Balai Raya Kampung Jabai mempunyai dua mangsa daripada satu keluarga dan Balai Raya Sebauh menempatkan 15 mangsa daripada enam keluarga," katanya dalam kenyataan pagi ini.

    JPBNS berkata tiga pusat pemindahan baharu di Limbang iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Menuang mempunyai 36 mangsa banjir Dewan Masyarakat Ukong 52 mangsa banjir dan Dewan Masyarakat Medamit 114 mangsa banjir.

    "Sebuah pusat pemindahan di Bintulu yang dibuka sejak semalam iaitu Dewan Sukan Tatau masih menempatkan 15 mangsa banjir daripada empat keluarga," katanya. -- BERNAMA
  • No Comment to " Jumlah Mangsa Banjir Kembali Meningkat Di Sarawak "