• Jumlah mangsa banjir di Sarawak kekal

    Published: Sunday, 24 December 2017
    A- A+

    MIRI: Jumlah mangsa banjir di Sarawak kekal 55 orang daripada 16 keluarga di dua pusat pemindahan setakat jam 8 pagi ini.

    Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan hari ini, berkata pusat pemindahan Dewan Sukan Tatau kini menempatkan 15 mangsa daripada empat keluarga manakala Sekolah Kebangsaan (SK) Menuang mempunyai 40 mangsa dari 12 keluarga.

    JPBNS dalam kenyataan yang sama, berkata Jabatan Meteorologi pada jam 12.05 tengah malam tadi mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berserta angin kencang dijangka berterusan di Limbang hingga hari ini.

    "Amaran cuaca berwaspada turut dikeluarkan untuk Miri dengan hujan lebat serta angin kencang berterusan hingga hari ini," kata kenyataan itu

    JPBNS berkata, Jabatan Meteorologi meramalkan hujan dijangka di satu atau dua tempat di Sarawak pada sebelah pagi, manakala ribut petir di satu atau dua tempat pada petang dan hujan di satu atau dua tempat pada waktu malam. - BERNAMA
  • No Comment to " Jumlah mangsa banjir di Sarawak kekal "