• Jumlah Mangsa Banjir Di Sarawak Kekal

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Sunday, 24 December 2017
    A- A+




    MIRI – Jumlah mangsa banjir di Sarawak kekal 55 orang daripada 16 keluarga di dua pusat pemindahan setakat 8 pagi ini.

    Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam satu kenyataan hari ini, berkata pusat pemindahan Dewan Sukan Tatau kini menempatkan 15 mangsa daripada empat keluarga manakala Sekolah Kebangsaan (SK) Menuang dihuni 40 mangsa daripada 12 keluarga.

    JPBNS dalam kenyataan yang sama, berkata Jabatan Meteorologi pada 12.05 tengah malam tadi mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berserta angin kencang dijangka berterusan di Limbang sehingga hari ini. – BERNAMA
  • No Comment to " Jumlah Mangsa Banjir Di Sarawak Kekal "