• Jumlah Mangsa Banjir Di Sarawak Kekal

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Saturday, 23 December 2017
    A- A+


    MIRI – Jumlah mangsa banjir di Sarawak masih kekal 121 mangsa daripada 40 keluarga di empat pusat pemindahan setakat 8 pagi ini.

    Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, dua pusat pemindahan di Bintulu iaitu Dewan Sukan Tatau dan Balai Raya Sebauh masing-masing menempatkan 15 mangsa daripada empat keluarga dan 14 mangsa daripada enam keluarga.

    “Dewan Masyarakat Ukong di Limbang kekal menempatkan paling ramai mangsa banjir iaitu 52 orang daripada 18 keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Sementara itu, seramai 40 mangsa daripada 12 keluarga masih berada di Sekolah Kebangsaan (SK) Menuang di Limbang.

    Keadaan cuaca dilaporkan baik sejak semalam, namun Jabatan Meteorologi melaporkan kemungkinan berlaku hujan di beberapa tempat. – BERNAMA
  • No Comment to " Jumlah Mangsa Banjir Di Sarawak Kekal "