• JKDM Selamatkan RM1.6 Bilion Hasil Negara

    Published: Friday, 15 December 2017
    A- A+


    PUTRAJAYA - Kaedah pematuhan melalui pendidikan yang dilaksanakan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menyelamatkan hasil negara sebanyak RM1.6 bilion sehingga 30 November lalu.

    Ketua Pengarahnya, Datuk Seri T. Subromaniam berkata, pada bulan Jun lepas, JKDM telah menghantar notis peringatan mesra kepada 62 syarikat yang mendaftar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) disyaki mengikrar dan membayar cukai GST kurang daripada sepatutnya untuk membuat pindaan pada penyata GST-03.

    “Hasil pendekatan itu, 37,000 atau 61.2 peratus pendaftar GST sudah mengemukakan penyata GST-03 yang betul,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Subromaniam berkata, susulan usaha itu, JKDM turut melancarkan program Duta GST bermula Oktober lalu di seluruh negara dengan pegawai kastam bertindak sebagai wakil GST di persatuan perniagaan atau dewan perniagaan untuk membantu pendaftar GST yang berdepan masalah dengan isu berkenaan.

    "JKDM juga mendapati terdapat peningkatan ketara dalam penghantaran penyata GST-03 yang betul dan lengkap kepada jabatan.

    "Memandangkan pendekatan ini mendapat maklum balas menggalakkan daripada pendaftar GST, JKDM memutuskan untuk melanjutkan tempoh penghantaran pindaan penyata GST-03 di bawah program ini sehingga 31 Januari 2018," katanya - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " JKDM Selamatkan RM1.6 Bilion Hasil Negara "