• Jangan Terlalu Yakin Pembangkang, Beberapa Kerusi Akan Jadi Milik BN

    Published: Monday, 11 December 2017
    A- A+

    Pembangkang di negeri ini yang bernaung bawah Pakatan Harapan (PH) Sarawak mungkin meyakini mereka mampu menang sekurang-kurangya 10 kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Namun disebalik keyakinan tinggi pemimpin pembangkang Sarawak terutama Chong Chieng Jen yang merupakan Pengerusi PH Sarawak, tumpuan sebenarnya terletak kepada rakyat dan pengundi.

    Menteri Pelancongan, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menegaskan, PH Sarawak tidak patut terlalu yakin dengan pandangan mereka pada PRU14.

    "YB Chong boleh memberitahu PH yakin memenangi sekurang-kurangnya 10 kerusi parlimen pada PRU14.

    "Adalah baik untuk membuat ramalan tetapi keputusan akhr dari rakyat dan pengundi," katanya seperti yang dilaporkan The Borneo Post.

    Menurutnya, PH Sarawak akan tewas banyak kerusi yang dimenangi mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

    Tambahnya, pengundi sekarang lebih bijak untuk mengenalpasti parti yang menjaga kebajikan dan hak mereka.

    "Ia digambarkan berdasarkan Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas yang mana DAP dan Pakatan kalah beberapa kerusi kepada BN (Barisan Nasional).

    "Perkara ini akan berulang pada PRU14 yang akan dilangsungkan pada bila-bila masa," ujarnya.-Sarawakiana


    Subjects:

  • No Comment to " Jangan Terlalu Yakin Pembangkang, Beberapa Kerusi Akan Jadi Milik BN "