• Jangan Tamak, Rebut Kerusi DUN Dan Parlimen Sekaligus

    Published: Tuesday, 19 December 2017
    A- A+
    Kepimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak menegaskan tidak akan ada seorang wakil rakyat mewakili dua kerusi sekaligus ( DUN dan Parlimen)

    Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dengan tegas mengumumkan perkara tersebut pada Mesyuarat Tritahunan Perwakilan PBB Cawangan Satok pada Ahad lepas.

    Beliau menyentuh wakil rakyat PBB Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang rela melepas jawatan sebagai ahli parlimen kerana telah menjawat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri. Ini adalah untuk memberi peluang kepada muka baru untuk di calon di kerusi parlimen.

    Jelaslah , PRU 14 akan datang tidak akan ada wakil rakyat memegang dua jawatan (DUN dan Parlimen) sekaligus. Pada masa sama ia akan memudahkan wakil rakyat lebih fokus kepada pembangunan kawasan dan rakyat.

    Abang Johari pada hakikatnya mahukan wakil rakyat yang fokus kepada pembangunan kawasan, tidak perlu tamak kerana BN lebih mengutamakan kualiti perkhidmatan kepada rakyat.

    Untuk rekod, setakat ini hanya Tan Sri William Mawan satu-satunya yang menjadi wakil rakyat dua kerusi iaitu Ahli Parlimen Saratok dan ADUN Pakan. Adakah kenyataan itu bermakna pada PRU 14Mawan perlu melepaskan kerusi parlimen Saratok bagi memberi laluan kepada muka baru?

    Walaubagaimana pun, memiliki dua jawatan ADUN dan Ahli Parlimen merupakan perkara biasa di kalangan pemimpin pembangkang. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Jangan Tamak, Rebut Kerusi DUN Dan Parlimen Sekaligus "