• Jangan Sorok Anak Terlibat Dadah

    Published: Monday, 4 December 2017
    A- A+

    BARAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Datuk Gerawat Gala melahirkan rasa bimbang terhadap gejala penyalahgunaan dadah yang kini semakin menular khususnya di kawasan pedalaman.

    Memetik laporan Utusan Borneo, beliau berkata, ibu bapa terutama di kawasan luar bandar perlu sentiasa memantau anak mereka agar tidak terjerumus dengan najis dadah.

    Jelasnya, sekiranya ibu bapa mengesyaki anak terjebak dengan gejala terbabit, lapor segera kepada pihak berkuasa supaya mereka dapat dirawat di pusat pemulihan.

    “Ibu bapa yang mengesyaki anak ada terjebak dengan dadah, sila laporkan segera kepada pihak berkuasa seperti polis agar mereka dapat dirawat awal di pusat pemulihan.

    “Jika masalah dadah tidak dipantau awal, ia akan memberi kesan besar bukan sahaja kepada penagih itu sendiri malah kepada seluruh komuniti,” katanya.

    Beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkata, ia adalah bagi memastikan gejala penyalahgunaan dadah dapat diendung dari menular seterusnya merosakkan anak muda generasi kini.-Sarawakiana
  • No Comment to " Jangan Sorok Anak Terlibat Dadah "