• Jamal Yunos Kena Tahan Lagi

    Published: Sunday, 10 December 2017
    A- A+

    Pengerusi Gabungan NGO Malaysia Datuk Seri Jamal Yunos ditahan reman selama dua hari bermula hari ini.

    Perintah reman itu dikeluarkan Majistret An Nur Umar, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, selepas permohonan dibuat oleh polis.

    Jamal yang juga UMNO Bahagian Sungai Besar, ditahan Pasukan Siasatan Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di depan pintu utama Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 8 malam semalam.

    Dia ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Abdullah, mengesahkan penahanan reman itu.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Jamal Yunos Kena Tahan Lagi "