• Jalin Kerjasama Dengan Agensi Islam - Dr Abdul Rahman

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Saturday, 9 December 2017
    A- A+

    KUCHING: Menteri Muda Utiliti Dr Abdul Rahman Junaidi menggesa Persatuan Ketua Masyarakat Melayu Bahagian Kuching untuk bekerjasama dengan agensi Islam terutama untuk penganjuran setiap aktiviti.

    Beliau berkata, kerjasama seperti ini secara tidak langsung dapat membolehkan setiap aktiviti dianjurkan dalam skala besar.

    Malah menurutnya, kebanyakan agensi sekarang banyak mengadakan program atau aktiviti bersama persatuan untuk menfaat masyarakat setempat.

    "Merka digalakkan untuk mengadakan program yang dapat melibatkan komuniti," katanya pada Majlis Zikir Maulidur Rasul 1439H/2017M anjuran Persatuan Ketua Masyarakat Melayu Bahagian Kuching di Masjid Darul Hana hari ini.

    Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata, peranan ketua masyarakat haruslah dapat dilihat masyarakat menerusi perkhidmatan yang diberikan kepada komuniti di kawasan masing-masing.

    "Melalui persatuan sebegini juga akan dapat menggabungkan idea termasuk melibatkan peranan dalam perkhidmatan membantu masyarakat.

    "Kebajikan masyarakat dan pembangunan fizikal dalam kawasan yang dijaga haruslah diberi keutamaan supaya tugasan yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan baik," ujarnya.-Sarawakiana





  • No Comment to " Jalin Kerjasama Dengan Agensi Islam - Dr Abdul Rahman "