• Jadual Aksi El Clasico Ikut Waktu Asia

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Tuesday, 19 December 2017
    A- A+

    MADRID: Buat julung kalinya, aksi utama bola sepak Sepanyol membabitkan pertembungan El Clasico antara dua kelab gergasi - Real Madrid dan Barcelona, dijadualkan pada waktu tengahari pada Sabtu, dalam usaha La Liga untuk menarik minat penyokong di Asia.

    "Kami mahu memberikan peluang kepada peminat di Asia untuk menyaksikan pertembungan Real Madrid dan Barcelona pada waktu yang bersesuaian dengan mereka," kata Ketua Pegawai Komunikasi La Liga, Joris Evers kepada AFP.

    Mengikut La Liga, dengan potensi penonton yang mencecah 650 juta orang, El Clasico adalah perlawanan yang paling banyak ditonton antara kelab di seluruh dunia.

    Mereka berterima kasih kepada kedua-dua pasukan yang jelas berjaya mengadunkan keunikan pemain bintang mereka dan pertembungan lebih sedekad di atas padang juga menenggelamkan perbezaan budaya antara Catalonia dan Madrid.

    "Ia adalah cara paling sesuai promosi, untuk menunjukkan kepada peminat mengenai bola sepak Sepanyol," kata Jose Maria Gay de Liebana, profesor ekonomi di Universiti Barcelona yang juga pakar kewangan bola sepak Sepanyol.

    Bagaimanapun, ia bukan hanya membabitkan soal hak penyiaran televisyen ke atas La Liga serta pencapaian antara dua kelab terbesar itu, tetapi ia juga membabitkan kontrak penajaan.

    Tahun lalu, Barcelona menandatangani rekod kelab tajaan pakaian bernilai 220 juta euro (RM1.05 bilion) untuk tempoh lebih empat tahun bersama syarikat dalam talian di Jepun, Rakuten.

    "Mereka mahu menjual produk mereka ke pasaran antarabangsa, mengatasi apa yang ada di Asia," kata Gay de Liebana.

    Berdasarkan kajian pengguna oleh pakar Nielsen Sports, - ketika aksi Clasico pertama tahun lalu, mereka berjaya menjana lebih AS42.5 juta (RM173.1 juta) melalui media untuk tujuan penajaan. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Jadual Aksi El Clasico Ikut Waktu Asia "