• Isu Mara : Kertas Siasatan Annuar Musa Siap

    Published: Monday, 11 December 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiapkan kertas siasatan Tan Sri Annuar Musa berhubung isu penajaan pasukan bola sepak Kelantan daripada Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

    Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, kertas siasatan melibatkan bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu telah disiapkan beberapa bulan lalu.

    Katanya, pihaknya juga telah menyerahkan kertas siasatan itu ke pejabat pendakwa raya untuk disemak.

    “Kertas siasatan telah siap dan telah dikemukakan oleh pendakwa raya untuk kajian. Sehingga ini, belum lagi ada keputusan (daripada pendakwa raya),” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat Mara dan Ikrar Bebas Rasuah di Hotel Premiera, di sini, Isnin.

    Sementara itu, Pengerusi Mara, Datuk Dr Awang Adek Hussin menidakkan khabar angin bahawa Annuar akan kembali ke agensi itu atau mana-mana anak syarikat di bawah Mara.

    Ia susulan desas-desus yang menyatakan bahawa Annuar akan kembali ke Syarikat Pelaburan Mara.- Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Isu Mara : Kertas Siasatan Annuar Musa Siap "