• Istilah ‘Rakyat Dizalimi’ Hanya Propaganda Politik

    Published: Friday, 15 December 2017
    A- A+

    Kemajuan dunia internet menyaksikan berbagai propaganda politik yang cuba diketengah pembangkang untuk melemahkan kerajaan yang memerintah Malaysia pada hari ini. Isu berulang yang diwar-warkan seperti kerajaan bertindak zalim terhadap rakyat antara isu popular menghasut minda pembaca laporan di media sosial.

    Persoalannya, benarkah kerajaan Malaysia bertindak zalim terhadap rakyat ?

    Mari kita menyusuri peristiwa yang berlaku kepada rakyat hari ini mengikut pemantauan penulis di beberapa tempat di Sarawak. Perkara utama yang dilihat adalah mengenai kesihatan rakyat.

    Kerajaan dilihat begitu mengambil berat kesihatan rakyat sehingga klinik-klinik kerajaan di bina di banyak tempat. Kawasan yang jauh pendalaman disediakan klinik bergerak mengikut masa walaupun klinik tersebut dibina di atas bot ataupun pakar perubatan akan menaiki helikopter ke kawasan yang sukar dihubungi oleh jalanraya dan sungai.

    Klinik-klinik dan hospital hanya mengenakan caj yang paling minimum kepada pesakit. Pesakit luar akan dikenakan caj RM1 dan mendapat pemeriksaan kesihatan terbaik serta bekalan ubat yang mencukupi. Ada rakyat yang berkata jika pesakit di bedah dan ditahan untuk mendapat rawatan akan dikenakan caj yang jauh lebih murah daripada hospital swasta sedangkan rawatannya sama.

    Adakah rakyat sedang dizalimi ?

    Itu baru bab rawatan kesihatan, belum lagi hal berkaitan persekolahan, subsidi barang asas dan sebagainya. Memang tidak dinafikan kos sara hidup semakin meningkat tetapi bila difikir balik, terdapat dasar kerajaan yang mengimbangi isu berkenaan agar rakyat tidak terlalu terbeban dengan kos sara hidup.

    Ternyata dakwaan pembangkang yang kerajaan zalim hanya propaganda yang berunsur politik semata-mata tanpa menghurai fakta sebenar dasar kerajaan yang menjaga kepentingan rakyat jelata. - A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Istilah ‘Rakyat Dizalimi’ Hanya Propaganda Politik "