• Isteri Pemain Ragbi Bunuh 2 Anak

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Wednesday, 13 December 2017
    A- A+

    Isteri bekas pemain ragbi antarabangsa Itali ditahan kerana disyaki membunuh tiga anaknya - seorang ditekap dengan bantal dan seorang lagi ditikam.

    Dalam kejadian di Suzzara, Lombardia, utara Itali itu, Antonella Barbieri, 39, dilapor menekap anak perempuan berusia dua tahun, Kim, dengan dengan bantal hingga mati.

    Dia kemudian membawa anak lelaki berusia lima tahun, Lorenzo Zeus, menaiki kereta dan menikam anaknya itu hingga mati dengan pisau dapur sebelum cuba membunuh diri dengan menikam perutnya.

    Portal berita Eropah termasuk Daily Mail dan The Sun UK yang memetik media Itali, melaporkan orang awam yang menemui kereta itu di satu jalan, menghubungi polis selepas mendapati Antonella cedera dengan pisau terpacak di perutnya.

    Suaminya ialah Andrea Benatti, 38, pemain kebangsaan pasukan ragbi Itali yang bersara pada 2011. Andrea dikatakan berada di tempat kerjanya ketika kejadian.

    Antonella yang dikatakan mempunyai masalah psikologi, dirawat di sebuah hospital di bandar Reggio Emilia.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Isteri Pemain Ragbi Bunuh 2 Anak "