• Isteri Ketua Polis Negara Meninggal Dunia

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 15 December 2017
    A- A+
    KUALA LUMPUR 15 Dis.- Isteri Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini.

    Allahyarham Puan Sri Azizah Hamdi, 58, meninggal dunia kira-kira pukul 7.02 malam ini akibat barah.

    Difahamkan, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sebelum dibawa ke kampung halamannya di Rapat Jaya, Ipoh, Perak untuk dikebumikan.- UTUSAN ONLINE


    Subjects:

  • No Comment to " Isteri Ketua Polis Negara Meninggal Dunia "