• Isteri Donald Trump Arah Pokok Usia 200 Tahun Dipindahkan

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 28 December 2017
    A- A+

    Wanita Pertama Amerika Syarikat, Melania Trump telah mengarah pemindahan pokok bersejarah, Jackson Magnolia, yang ditanam oleh bekas Presiden Andrew Jackson di White House pada 1828.

    Ia kerana pokok itu semakin mereput sukar untuk dijaga lagi.

    Bagi tujuan itu, White House telah membawa pakar dari United States National Arboretum untuk menilai pokok berkenaan, demikian menurut dokumen yang diperolehi oleh CNN.

    Pokok berkenaan tumbuh hingga mencecah tingkat dua kediaman eksekutif di White House.

    Keputusan untuk memindahkan pokok bersejarah itu hanya dibuat selepas ia dinilai menerusi laporan oleh pakar dan penilaian terhadap dokumen bersejarah.

    Pemindahan itu akan dilakukan minggu ini. Menurut dokumen berkenaan, sejak 50 tahun lalu, pokok itu telah terdedah kepada kerosakan.

    Pada 1981, simen yang diletakkan di bahagian lubang pokok itu telah digantikan dengan sistem wayar dan tiang bagi menyokong pokok itu.

    Namun pakar-pakar bersetuju bahawa sistem sokongan pokok itu tidak lagi mapan.

    Andrew Jackson menanam pokok berkenaan selepas isterinya, Rachel meninggal dunia, beberapa hari selepas pilihan raya. Pokok itu dikatakan pokok kegemaran Rachel dan benihnya diambil dari ladang mereka di Tennesse.

    Pokok terbabit pernah menjadi latar belakang duit kertas $20 mulai 1928 ke 1998. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Isteri Donald Trump Arah Pokok Usia 200 Tahun Dipindahkan "