• Israel Nafi, Jadi Siapa Yang Bunuh?

    Published: Wednesday, 13 December 2017
    A- A+

    Dua penduduk Palestin terbunuh di Gaza dalam serangan yang didakwa Hamas dilakukan Israel namun tentera Israel menafikan dakwaan itu.

    Maklumat lengkap kejadian yang berlaku dekat sempadan Gaza-Israel itu belum diketahui sepenuhnya.

    Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin, Ashraf al-Qudra, berkata dua lelaki itu terbunuh di Beit Lahia, utara Gaza ketika menunggang motosikal.

    Mereka dikenali sebagai Hussein Ghazi Nasrallah dan Mustafa al-Sultan, 20-an, yang dikatakan anggota Jihad Islam yang berjuang bersama Hamas ketika perang dengan Israel pada 2014.

    Namun, tentera Israel serta-merta menafikan serangan itu dengan menyatakan ia tidak melakukan serangan di utara Semenanjung Gaza.

    Kematian terbaru itu menegangkan lagi konflik Israel - Palestin berikutan Amerika mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel selepas empat penduduk Palestin terbunuh sebelum ini.

    Dua penunjuk perasaan ditembak mati oleh tentera Israel di Gaza Jumaat lalu, dan dua pejuang Hamas terbunuh dalam serangan udara Israel, Sabtu lalu.-AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Israel Nafi, Jadi Siapa Yang Bunuh? "