• Israel lancar serangan roket ke Palestin

    Published: Friday, 29 December 2017
    A- A+
    BAITULMUQADDIS 29 Dis. - Tentera Israel melancarkan serangan udara ke Semenanjung Gaza selepas mendakwa Palestin melepaskan roket menyasarkan wilayah rejim Zionis itu hari ini.

    Menurut pihak berkuasa Israel, Palestin melancarkan tiga roket ke arah selatan wilayah tersebut dan dua daripadanya berjaya dipintas sistem oleh sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome.

    Roket ketiga yang dilancarkan itu dilaporkan menyebabkan kerosakan infrastruktur namun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kematian. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Israel lancar serangan roket ke Palestin "