• Iran sifatkan ugutan Trump menghina demokrasi

    Reporter: Yusz Man
    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+

    TEHRAN: Iran menyifatkan ugutan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk menyekat bantuan kepada negara-negara yang mengundi menentangnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) dalam isu Baitulmuqaddis sebagai penghinaan demokrasi.

    Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif berkata, rejim Trump menghina demokrasi melalui ugutan terhadap negara yang berani menentang tuntutan ala `samseng’ AS di PBB.

    “Trump menghina Iran sebagai `diktator’ namun AS mempunyai versi demokrasi tersendiri iaitu `sama ada bersama AS atau menentang AS’,” kata Javad yang disiarkan oleh portal Presstv. - Agensi



    Subjects:

  • No Comment to " Iran sifatkan ugutan Trump menghina demokrasi "