• Ini Majikan Ke Syaitan?

    Published: Tuesday, 5 December 2017
    A- A+

    Majikan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini, atas tuduhan merogol pekerja wanitanya, dua tahun lalu.

    Tertuduh, Azhar Bahari, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan keatasnya dibacakan jurubahasa mahkamah dihadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

    Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol gadis berusia 19 tahun dalam kejadian di pusat urut, di pusat peranginan di Bukit Katil, Ayer Keroh, kira-kira 11 pagi, 25 November 2015.

    Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

    Prosiding pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi, tidak mencadangkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

    Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam M Pusppa merayu kepada mahkamah agar diberikan jaminan yang rendah memandangkan anak guamnya itu tidak mempunyai pendapatan tetap.

    Selepas mendengar hujah kedua-kedua pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 selain menetapkan 5 Januari depan untuk serahan dokumen dan sebutan semula kes.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Ini Majikan Ke Syaitan? "