• Indonesia Sasar Tarik 7 Juta Pelancong Ke Bali

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+


    JAKARTA - INDONESIA . Kementerian Pelancongan Indonesia menyasarkan untuk mencatatkan ketibaan tujuh juta pelancong ke Bali, tahun depan.

    Menteri Pelancongan, Arief Yahya berkata, sasaran 6 juta pelancong ke pulau itu tahun ini tidak tercapai disebabkan letusan Gunung Agung baru-baru ini.

    "Sehingga Oktober 2017, sejumlah 5 juta pelancong asing melawat Bali," kata beliau.

    Bagaimanapun, Arief berkata Bali masih menjadi destinasi paling popular di kalangan pelancong yang melawat Indonesia.

    "Selepas Bali, destinasi popular yang lain ialah Jakarta, Bandung dan Bogor di Jawa Barat dan Lombok," kata beliau.

    Media dalam talian tempatan melaporkan bahawa kementerian juga aktif mempromosikan pelancongan Indonesia di lima negara di Timur tengah iaitu Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Qatar dan Oman.

    Menurut data kementerian, sehingga 12.02 juta pelancong asing melawat Indonesia pada 2016 termasuk dari Singapura (1.47 juta), China (1.45 juta) dan Malaysia (1.225 juta). - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Indonesia Sasar Tarik 7 Juta Pelancong Ke Bali "