• Indonesia Laksana Kod 810

    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+

    JAKARTA: Selepas Filipina, tindakan drastik menembak mati pengedar dadah yang cuba melarikan diri bakal dikuatkuasakan di Indonesia.

    Amaran itu dibuat Timbalan Gabenor Jakarta, Sandiaga Uno bagi membuktikan keseriusan pentadbirannya dalam kempen menentang dadah.

    “Kami serius, ‘810’ akan digunakan terhadap pengedar dadah yang cuba melarikan diri daripada pihak berkuasa,” katanya yang dipetik The Jakarta Post.

    810 adalah kod polis yang merujuk tindakan menembak dan membunuh suspek yang melawan atau melarikan diri ketika cuba ditangkap pihak berkuasa.

    Sandiaga berkata, pentadbirannya juga bekerjasama dengan Agensi Narkotik Jakarta untuk membasmi penyalahgunaan dadah di bandar itu.

    Kempen antidadah yang dilancarkan kerajaan menyaksikan peningkatan kematian suspek pengedar dadah oleh polis.

    Amnesty International Indonesia merekodkan sekurang-kurangnya 80 suspek pengedar dadah ditembak mati oleh pihak berkuasa pada tahun ini.

    Jumlah itu meningkat sebanyak 18 orang berbanding tahun lalu, sekali gus ia umpama kempen sama di Filipina.- mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Indonesia Laksana Kod 810 "