• Ibu Zul Ariffin meninggal dunia

    Published: Tuesday, 5 December 2017
    A- A+


    IBU kepada pelakon filem Tombiruo, Zul Ariffin yakni Robiah Nasir, meninggal dunia akibat serangan jantung, kira-kira 4 pagi hari ini.

    Allahyarham Robiah menghembuskan nafas terakhir di kediaman kakak Zul di Sungai Penchala, Damansara.

    Jenazah Allahyarham dijangka disolatkan di Masjid Al Ghufran, Taman Tun Dr Ismail dan dikebumikan selepas solat Zohor, hari ini.

    "Ibu memang sakit jantung namun tidak sangka 'pergi' seawal ini kerana tidak menunjukkan sebarang tanda," kata Zul ringkas.

    Pelakon yang turut dikenali melalui drama Rindu Awak 200% dan Titian Cinta itu, bagaimana pun redha dengan kehilangan ibu tercinta.-hmetro

    Subjects:

  • No Comment to " Ibu Zul Ariffin meninggal dunia "