• Ibu Sakit Mental, Anak Sihat Dipaksa Jalani Pembedahan

    Published: Thursday, 14 December 2017
    A- A+


    SAKIT mental. Seorang wanita telah ditangkap selepas mengaku menipu dengan memalsukan penyakit anaknya hingga menyebabkan budak itu terpaksa ke hospital sebanyak 323 kali dan menjalani 13 pembedahan yang tidak sepatutnya dilakukan ke atasnya.

    Kaylene Bowen, 34, yang berasal dari Dallas, telah membawa anaknya Christopher, yang kini berusia lapan tahun mengunjungi doktor dan memberitahu doktor bahawa anaknya itu mengalami alahan susu serta perlu menjalani pembedahan pemindahan paru-paru.

    Keadaan ini berlaku selepas lapan hari Christopher dilahirkan.

    Dalam Facebooknya, Bowen memberitahu bahawa anaknya itu menghidap kanser. Ia mengakibatkan 13 pembedahan besar dilakukan.

    Dia juga bertindak sehingga ke tahap meminta bantuan sumbangan di media sosial.

    Setiap kali melawat doktor, Bowen memberitahu anaknya itu akan muntah apabila minum susu hingga ke tahap perlu menggunakan tuib untuk memasukkan makanan.

    Bowen juga memberitahu anaknya itu tidak boleh berjalan.

    Hanya selepas dua tahun lalu barulah doktor berasa curiga dan keadaan sebenar terbongkar apabila Christopher sebenarnya tidak sakit.

    Bowen akhirnya didakwa di mahkamah. Dia juga disahkan menghidap Munchhausen By Proxy (MSBP) iaitu penyakit mental di mana dia akan menyebabkan kesakitan atau kecederaan pada mereka yang berada di bawah jagaannya.

    Penghidap MSBP ini selalunya mengalami rasa rendah diri dan memerlukan perhatian. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Ibu Sakit Mental, Anak Sihat Dipaksa Jalani Pembedahan "