• Hukum Bela Burung Dalam Sangkar

    Published: Friday, 22 December 2017
    A- A+

    Saya terbaca perihal hukum bela burung dalam sangkar. Jawapan diberikan adalah boleh. Adakah burung itu memerlukan sangkar besar atau memadai dengan sangkar kecil?

    JAWAPAN: HUKUM membela burung dalam sangkar, kami cenderung kepada hukum dibolehkan, sekalipun terdapat khilaf dalam kalangan ulama. Rujuk Al-Kafi li Al-Fatawi #52 : Hukum Pelihara Burung.

    Justeru, berhubung dengan saiz sangkar burung itu, kami berpendapat mestilah mengikut kadar maslahat burung tersebut. Kami mencadangkan sebaiknya sangkar burung itu tidaklah terlalu kecil sehingga menyebabkan kecederaan kepada diri burung tersebut apabila ia mengepak dan terbang.

    Saiz sangkar secara terperinci boleh merujuk kepada uruf dan adat seperti bertanya kepada doktor haiwan atau pengusaha kedai binatang peliharaan yang berpengalaman.

    SS DATUK DR ZULKIFLI AL-BAKRI
    MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN
    SUMBER: Laman Web Mufti Wilayah Persekutuan

    Subjects:

  • No Comment to " Hukum Bela Burung Dalam Sangkar "