• HSR Buka Bidaan Syarikat Usahasama Kendali Aset

    Published: Wednesday, 20 December 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR: My HSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR) dan SG HSR Pte Ltd (SG HSR) membuka bidaan bagi penubuhan syarikat usahasama pengendali aset (AssetsCo) bagi projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura, menurut kedua-dua syarikat dalam satu kenyataan.

    "AssetsCo akan bertanggungjawab dalam rekaan, membina, membiayai, dan menyelenggara lokomotif, serta semua aset rel termasuk kerja-kerja landasan, sumber tenaga, sistem isyarat dan telekomunikasi bagi projek HSR.

    "AssetsCo turut akan menyelaras kapasiti rangkaian HSR bagi keperluan operasi dan penyelenggaraan," kata Ketua Pegawai Eksekutif MyHSR Corp, Datuk Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, dalam kenyataan itu.

    Tempoh bidaan dibuka sehingga 29 Jun 2018 termasuk menyerahkan kertas cadangan kepada MyHSR Corp dan SG HSR.

    "Penerangan berkaitan bidaan akan diadakan di Kuala Lumpur pada 23 Jan 2018. Melalui proses perolehan telus, adil dan tebruka, MyHSR dan SG HSR mensasarkan untuk memilih pembida berkelayakkan menjelang akhir tahun depan," kata kenyataan itu.

    Kesemua bidaan akan dinilai berdasarkan penyelesaian teknikal, nilai komersial kukuh, kestabilan kewangan dan harga.

    "Bidaan itu juga bagi mengenal pasti AssetsCo, yang akan menyediakan penyelesaian yang memberi keutamaan kepada keselamatan, ketersediaan dan kebolehpercayaan, teknologi yang terbukti, dan operasi fleksibel," kata kedua-dua syarikat.

    Pembukaan bidaan itu susulan persiapan mendalam MyHSR dan SG HSR sejak Perjanjian Bilateral HSR Kuala Lumpur-Singapura ditandatangani kerajaan kedua-dua negara pada Disember 2016.- awani

    Subjects:

  • No Comment to " HSR Buka Bidaan Syarikat Usahasama Kendali Aset "