• Himpunan Solidariti: Empat Bas Disediakan

    Published: Thursday, 21 December 2017
    A- A+


    PUTRAJAYA - Sebanyak empat bas disediakan bagi memudahkan orang ramai yang ingin menyertai Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis di Masjid Putra, esok.

    Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, mereka boleh meletakkan kenderaan di tempat meletak kereta Istana Kehakiman, Dataran Monumen dan ruang terbuka di hadapan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menaiki bas tersebut.


    Katanya, pihak Pengangkutan Awam Putrajaya Travel & Tours Sdn. Bhd. menyediakan bas tersebut bagi melancarkan pergerakan trafik ke acara yang dijangka dihadiri kira-kira 10,000 orang itu.


    “Oleh itu, mereka diminta meletak kenderaan di tiga lokasi tersebut dan menaiki bas untuk ke Masjid Putra.


    “Memandangkan jalan-jalan menuju ke Masjid Putra bakal ditutup bermula 9 pagi, diharapkan orang ramai menaiki bas itu bagi mengelakkan kesesakan jalan raya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Himpunan Solidariti: Empat Bas Disediakan "