• Hati-Hati Di Musim Tengkujuh

    Published: Tuesday, 19 December 2017
    A- A+
    Musim tengkujuh merupakan musim yang mempunyai taburan hujan yang paling banyak dalam setahun. Kejadian tidak diingini sering berlaku jika orang ramai tidak peka maklumat dari pihak berkuasa dari masa ke semasa.

    Ketika itu juga air akan naik lebih tinggi dari biasa yang mengundang banjir di kawasan rendah. Penduduk harus berwaspada selalu dan bersiap sedia jika arahan berpindah diumumkan. Dokumen-dokumen penting perlu disimpan di tempat selamat.

    Bagi mereka yang sedang bercuti, elak daripada berkelah ditepi pantai. Jangan lakukan aktiviti berenang kerana keadaan ombak merbahaya kepada manusia. Banyak kejadian meragut nyawa sebelum ini apabila melakukan aktiviti berenang di laut pada musim tengkujuh.

    Bagi mereka yang gemar beriadah di hutan, cuba jauhi dari mendekati sungai. Kejadian yang tidak dijangka sering berlaku apabila air pasang deras atau 'kepala air' berlaku. Air ini akan menghanyut apa sahaja benda dengan laju dan air naik secara tiba-tiba.

    Bagi kawasan yang sering dilanda banjir, pastikan bekalan elektrik ditutup terlebih dahulu dan tidak perlu panik. Ikut arahan pihak berwajib dan berpindah ke kawasan selamat.

    Musim tengkujuh ini memerlukan bersikap berhati-hati. Pantaulah anak-anak supaya tidak bermain air kerana menurut statistik, kanak-kanak paling ramai terkorban pada musim banjir.

    Subjects:

  • No Comment to " Hati-Hati Di Musim Tengkujuh "