• Harga RON95, RON97, diesel hingga 27 Disember

    Published: Wednesday, 20 December 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR: HARGA runcit mingguan bagi petrol RON95 naik dua sen kepada RM2.27 seliter berbanding RM2.25 seliter minggu lalu.

    Harga petrol RON97 juga naik dua sen kepada RM2.54 seliter berbanding RM2.52 seliter minggu lalu, sementara harga diesel naik tiga sen kepada RM2.23 seliter daripada RM2.20 seliter minggu sebelumnya.

    Harga baharu tersebut berkuat kuasa bermula tengah malam ini sehingga 27 Disember 2017. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Harga RON95, RON97, diesel hingga 27 Disember "